Tudung dari bahan Spandex

November 8, 2007

Sudah lama tidak update blog. Bukan apa asyik sibuk menguruskan baju renang muslimah.

 Semasa saya jalan-jalan untuk mencari tudung/hijab, kelihatan sudah ramai mengenakan tudung instant atau tudung dari bahan spandex.

Wah dengan adanya tudung instant/Al-Amira Hijab, pemakaian tudung tidak lagi memerlukan masa yang lama untuk menggayakan, hanya beberapa saat anda kelihatan kemas dan anggun. 

Cth Tudung dari bahan spandex:-

s018tuckin.jpg


Pin tudung

Ogos 20, 2007

Saya amat-amat tertarik dengan koleksi pin dari blog http://www.pinkayu.blogspot.com/.  Tertarik dengan ayat-ayat islamic dan kata-kata hikmah di pin itu.  Tak silap saya, kita juga boleh menempah mengikut citarasa yang diingini.

Selain itu dengan memakai pin ini, anda tidak perlu risau lagi manik atau batu-batu di brooch/pin/ kerongsang akan tertanggal.  Amat sesuai untuk mereka yang aktif dan bergaya.

Ini antara contoh koleksi pin kayu yang dijual di blog tersebut:-

Hijab pinPin TudungPin tudungpin-tudung-3.jpgpin-tudung-4.jpg


Fesyen Bandana

Mac 5, 2007

p1012578.JPG

Pernah kah anda menerima undangan makan malam atau sebagainya secara mengejut?

Pasti anda pada masa itu pening kepala memikirkan bagaimana hendak mengayakan tudung.

Dengan adanya bandana, anda hanya perlu ada tudung polos dan letakkan bandana diatasnya. Senangkan? Jimat masa dan tak perlu mengunakan jarum peniti sana sini.

Dipasaran , ada bandana yang mempunyai pelekat dibahagian hujungnya dan ada yang tidak mempunyai pelekat. Jika anda pernah menonton drama siri Sembilu di TV, pasti anda perasan gaya Aznah Hamid mengayakan bandana di atas anak tudungnya.

Selamat mencuba…..