Tempat paling famous untuk cari abaya di dubai ialah naïf souk. Tempat ni bukan jual abaya sahaja, ada kain ela , minyak wangi , rambut palsu dan macam-macam ada:) . Tempat nya lebih kurang kat Masjid India …tapi kalau saya pergi Masjid India tu saya tak sesat…kat Naif souk ni banyak sangat lorong ..masa mula-mula pergi selalu sangat sesat.. tapi kalau dah selalu pergi dah tak sesat..:) .
Kebanyakan pekerja di Naif souk di rakyat asing dari India dan Pakistan, bahasa yang digunakan selalunya bahasa Inggeris .
Ni gambar yang saya ambil sekitar Naif souk yang terbakar :-
Sebelah naif souk ni ada masjid dan bahagian hadapan ada al manal centre dan soul al wasl. Krew TV9 pernah buat liputan kat souk al wasl ni, untuk rancangan busana.
ok, teruskan perjalan cari abaya pulak
Kebanyakan Kedai Abaya kat sini boleh terima tempahan, cakap je nak design apa, insya allah diorang boleh siapkan dalam masa 3 hari dan koleksi abaya dari kedai mereka ada yang dihantar ke butik2 sekitar UAE dan luar negera.
Ada juga kedai-kedai kat sini yang jual abaya dari china, so lagi murah harga nya. Tapi dari segi kualiti setakat yang saya nampak ..tak cantik. Mungkin ada tempat lain yang jual Abaya dari china yang berkualiti?
Banyak sangat koleksi abaya kat sini, dari murah sampai la yang mahal. Beza yang mahal dan yang murah dari segi material, jarang @ tak, batu Kristal yang digunakan ( shining @ tak), hasil sulaman dan jahitan. Kalau Abaya yang pakai batu swaroski original dari Australia lagi mahal.
Cerita pasal fabrik Abaya, rata -rata toke kedai di sini kata …material yang bagus dari internet crepe…..ni contoh fabrik nya
Gambar kat bawah ni Temporary Naif souk untuk peniaga yang kedainya musnah di naif souk lama (gambar kat atas tu) .
Nampak lagi tersusun kan? koleksi abaya kat sini tak banyak dan tak cantik:) . Barang-barang nampak banyak dari china.
Masa yang elok sekali pergi shopping kat sini time winter. Kalau datang masa musim panas…seeloknya shopping la waktu malam. Satu lagi …kalau nak pergi sini..kebanyakkan kedai tutup dari pukul 2.00 sampai pukul 4.00 tuuu…so plan your trip ya.
Ni hasil tangkapan hari pertama cari abaya …hihi…
Antara koleksi abaya yang saya beli ada di website saya …sudi lah singgah di http://www.wanisapparel.com/jubah.htm
Ada beberapa design yang tak sempat saya ambil gambar dan upload…telah disambar sebelum sempat upload ke web.
Salam mesra,
wanis













Dikirim oleh wanis 



